Make your own free website on Tripod.com
 
         ...Cyber Herbs...
                                ONLINE
 

 

...welcome and greetings to all, from this website you'll learn about the use of traditional herbs in curing kidney stone...sit tight and lets explore...

                                









 

 

Laman web ini direka bertujuan untuk memaparkan hasil kajian kami dalam projek Program Khas Pendidikan peringkat MRSM Terendak. Kami telah menjalankan kajian mengenai Penggunaan Herba Tradisional Dalam Merawat Penyakit Batu Karang.

Secara umumnya, projek ini dijalankan untuk mereka eksperimen dan menghasilkan sejenis kandungan kimia yang terhasil daripada campuran beberapa jenis herba tradisional khususnya dalam merawat penyakit batu karang. Cara atau kaedah saintifik telah dipraktikkan dalam menghasilkan campuran ini. Daripada kajian dan penyelidikan ini terdapat juga pelbagai herba tradisional yang tidak diketahui lansung walaupun herba tersebut tidak terlibat dalam penghasilan campuran ini. Antaranya ialah misai kucing, buah melada, putat kedul, rumput meliani, mas cotek, mengkudu akar, dan pelbagai jenis lagi.

Campuran ubat batu karang ini terdiri daripada 5 jenis herba iaitu erva lanata, serai wangi, daun kelo, sembong, dan sejenis batu karang laut. Kandungan semulajadi campuran ini turut terbukti berkesan dapat menghancurkan dan mengeluarkan secara beransur-ansur batu karang dalam ginjal melalui air kencing. Want to know more about it? Lets explore...!