Make your own free website on Tripod.com

we cannot finish our project without the help from our teacher, mentor, and everybody...thank you very much for supporting us...

Special Thanks 

 

  • Greetings to all...

Kami berterima kasih kerana akhirnya kami dapat menyiapkan projek kami dengan jayanya.

Segunung penghargaan kami kalungkan kepada Tuan Haji Mohammad Zin, selaku mentor kajian kami yang terlalu banyak memberi sumbangan dan dorongan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Idea dan panduan yang beliau berikan telah mengubah perspektif kami terhadap projek ini.

Setinggi- tinggi penghargaan kami rakamkan juga kapada penasihat kumpulan kami, Encik Arifin b. Abu Bakar di atas kepercayaan beliau dan kebebasan yang diberikan kepada kami dalam menghasilkan projek ini. Tidak lupa juga kepada Penyelaras Program Khas Pendidikan Tingkatan 5, Tuan Haji Jidin Dollah yang turut membantu kami dalam menghasilkan projek kami.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada individu-individu yang telah sudi menghulurkan bantuan terutama sekali dalam urusan pengangkutan, makanan, dan penginapan sekaligus menjadikan kami lebih yakin dalam meneruskan kajian kami.

Tidak dilupakan juga, penghargaan kami ditujukan kepada ibu bapa yang tercinta yang banyak memberikan galakan dan nasihat yang mana sedikit sebanyak dapat menjadikan kami lebih bersemangat untuk meneruskan kajian kami.

Akhir kata, kami berharap agar laman web hasil projek kami ini dapat memberi manfaat yang cukup besar kepada semua.

  • Sekian, Terima Kasih...