Make your own free website on Tripod.com

now its time for you to know more about blumea balsamifera...want to know more about it? lets check this out..!

Daun Sembong

Pokok Sembong (Blumea Balsamifera)


Nama Botanikal : Blumea Balsamifera

Sinonim Latin : Blumea Grandis DC, Baccharis Salvia Lour, Conyza Balsafire Linn, Codorata L.

Nama Vernakular : Capa, Cepa, Sembong, Telinga Kerbau.

Nama Lain :

  • Ponmathei (Burma)

  • Baimat (Kemboja)

  • Aina Hsiang (China)

  • Camphee (Perancis)

  • Dai Bi, Tu Bi (Vietnam)

Famili : Compositae

Habitat : Malaysia, Moluccas, Himalaya, dan Filipina.

Bahagian yang digunakan : Daun dan keseluruhan pokok.

Ciri-ciri :

  1. Pokok matang mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

  2. Bau minyak meruap yang kuat.

  3. Tomentos.

  4. Berbau seperti kapur barus jika lebam.

  5. Daun bak membran.

  6. Eliptik- lanseolat.

  7. Serrat- dentat akut

  8. Pangkal sempit

  9. Tomentos ke bawah.

  10. Bunga kuning

  11. Merah bila kering.

  12. Bunga berjanbak bahagian paling atas

  13. Daun berbau halus.

Kajian Saintifik :

  1. Mengandungi minyak meruap seperti L-Borneol (0.1-0.4%) L-Kamfor (25%), Limogena (75%), Seskuiterpena, alkohol seskuiteperna, palmitin dan asid miristik.

  2. Daunnya mengandungi minyak pati yang mengandungi kamfor yang dikenali sebagai Ngai-Kamfor dan juga Glukosida.

  3. Suntukan ekstraknya boleh menurunkan tekanan darah.

  4. Ia juga digunakan untuk mengubati kejutan dan insomnia.

Khasiat Perubatan :

  1. Air rebusannya berkhasiat untuk batuk dan kembung perut.

  2. Pokok yang direndam dalam air panas dan air diminum untuk mengeluarkan peluh.

  3. Daun yang ditumbuk dengan minyak kelapa dan disapu pada bahagian dada untuk melegakan sakit dada, pada dahi untuk sakit kepala, pada sendi untuk sengal-sengal sendi.

  4. Dimakan dengan pinang untuk merawat masalah pencernaan.

  5. Dimakan dengan campuran jamu untuk mengubati gastrik.

  6. Akar pada pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman.

  7. Akar dan daun yang ditumbuk pula untuk merawat demam dan sakit beri-beri.

  8. Losyen yang diperoleh dari daun rebus untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot.

  9. Digunakan sebagai air mandian untuk wanita baru bersalin dan bayi.