Make your own free website on Tripod.com

you need to know about one more thing...we are not only using herbs for the medicine, but but there's a speciall ingredient in it...lets check this out..!

Batu Karang Laut

Batu Karang Laut (Porites nigrescens)


Nama Saintifik : Porites nigrescens

Famili : Porites

Keterangan :

Sewaktu menjalankan eksperimen untuk menghasilkan ubat batu karang ini, kami bersama-sama mentor kami telah melakukan eksperimen ini sebanya dua kali dan penghasilan pertama ubat ini, mentor kami telah mencampurkan seketul batu karang laut dalam campuran ini.

Mengikut kajian, batu karang laut yang digunakan tersebut merupakan batu karang laut sederhana dalam atau nama saintifiknya, porites nigrescens yang bercabang-cabang dan berwarna kelabu kekal. Ia berdiameter kira-kira 1-2 milimeter.

Mengapa perlu letakkan batu karang di dalam air rebusan tersebut?

Hasil temu ramah kami, mangikut kepercayaan masyarakat tradisional, mentor kami telah mengatakan kononnya kerana ini merupakan pantang larang dan batu karang laut perlu dicampurkan dengan rebusan. Katanya lagi "dari batu (batu karang laut tersebut) ia datang, kepada batu (batu karang penyakit) jugalah ia akan kembali."

Namun daripada hasil eksperimen kami yang kedua, eksperimen ini tidak dicampurkan dengan batu karang laut. Hasil eksperimen kami membuktikan bahawa batu karang laut tidak mempengaruhi hasil eksperimen (hasil rebusan air herba). Maka kami berpendapat batu karang yang digunakan pada eksperimen pertama sebagai faktor tradisional turun-temurun yang diwarisi dan tidak terlibat dalam penghasilan ubat batu karang ini.