Make your own free website on Tripod.com

...welcome and greetings to all, from this website you'll learn about the use of traditional herbs in curing kidney stone...sit tight and lets explore...

Pengenalan

Pengenalan: Herba...

Perubatan herba ialah rawatan penyakit menggunakan tumbuhan berkhasiat perubatan secara interna (dalaman) dan eksterna (luaran) bagi memulihkan kesihatan pesakit. Ini merupakan sistem perubatan yang berkaitan dengan khasiat penyembuhan dari penggunaan tumbuh-tumbuhan bagi membantu tubuh pesakit dalm meningkatkan keupayaan pesakit dalam proses penyembuhan. Ini juga merupakan kaedah perawatan yang berdasarkan penggunaan tradisional herba yang dikukuhkan dengan perkembangan saintifik mutakhir. Dalam konteks perubatan, istilah herba dipakai untuk apa sahaja tumbuhan termasuk bunga atau pokok yang mempunyai khasiat penyembuhan.

Perubatan herba adalah sama lama dengan penghidupan dan peradapan manusia itu sendiri. Sistem ini dikategorikan bersama-sama jenis terapi lain seperti osteopati, akupunktur, kiropratik dan homeopati yang mana aliran-aliran perubatan ini golongan sebagai perubatan komplimentari atau alternatif. Walau bagaimanapun, adalah dirasakan lebih tepat mengatakan perubatan herba bukan alternatif tetapi perubatan asal. Sistem ini bukan perubatan baru tetapi merupakan tradisi yang diwarisi. Herba telah digunakan untuk mengubati penyakit semenjak peradaban dunia lagi.

Beberapa herba mempunyai khasiat perubatan disebabkan kandungan komponen pahit. Komponen bertindak terutamanya pada sistem penghadaman dalam perut dan usus serta melancarkan pengaliran hempedu dalam hati. Ada sesetengahnya bertindak sebagai sedatif, peransang sistem keimunan, antibiotik dan beberapa adalah berkesan terhadap barah dan beberapa lagi mempunyai kriminatif dalam mengeluarkan angin dalam perut yang kembung.

Pengenalan: Penyakit Batu Karang

Penyakit batu karang bukan sahaja digeruni kerana kesan kesakitannya yang amat sangat apabila saluran air kencing pesakit tersumbat, malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang. Apabila laluan air kencing tersekat akibat salurannya yang tersumbat, tekanan yang tinggi akan berlaku sekali gus mengganggu proses pembentukan air kencing.

Batu karang yang terjadi dalam pundi air kencing biasanya bersaiz bulat yang terbentuk akibat bahan hablur (kristal) yang terdapat dalam air kencing. Ia berlaku disebabkan jumlah bahan kimia di dalam darah atau air kencing melebihi paras biasa. Jika kedua-dua buah pinggang mengalami kerosakan, maka akan berlaku kegagalan fungsi buah pinggang yang sepatutnya menapis bahan buangan berbentuk kimia dari dalam darah sebelum dialirkan dalam bentuk air kencing.