Make your own free website on Tripod.com

 

when you've already know about all the ingredients which we use to make the medicine, you must know how to make it...and now we'll explain to you all about it...

How To Do?

Ingredients :
  • 400g daun kelo
  • 230g serai wangi
  • 200g erva lanata
  • 145g daun sembong
  • seketul batu karang (jenis porites negriscens)
  • 50g gula merah
  • 4 liter air

Cara Membuatnya :


1. Sebuah periuk khas yang digunakan untuk merebus herba dibersihkan terlebih dahulu dan diletakkan di atas tungku dapur.

2. Herba-herba dibersihkan terlebih dahulu dan bahagian-bahagian yang tidak digunakan dibuang dengan menggunakan pisau seperti :

  1. pokok aerva lanata dipotong-potong kepada bahagian-bahagian yang kecil termasuklah bahagian akar, batang, dan daunnya.

  2. Daun serai wangi dipotong-potong termasuklah bahagian akar, batang dan pelepah daun.

  3. Daun kelo dilurutkan pada bahagian batangnya. Bahagian akar dan batang tidak digunakan.

  4. Daun sembong dipotong-potong dan hanya bahagian daunnya sahaja yang digunakan.

3. Kesemua ramuan tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam periuk yang telah diisikan dengan batu karang laut dan 4 liter air kemudiannya dimasukkan ke dalam periuk. 50g gula merah dimasukkan seterusnya.

4. Campuran tadi kemudiannya dididihkan di atas dapur gas dengan kesan pemanasan sederhana. Periuk kemudian ditutup supaya wap tidak terbebas keluar.

5. Setelah isipadu air rebusan menjadi 1/3 daripada isipadu awal, api perlulah segera dipadamkan dan air rebusan kemudian dibiarkan rehat dan menyejuk.

6. Air sudah sedia untuk diminum...

Selamat Mencuba...