Make your own free website on Tripod.com

...welcome and greetings to all, from this website you'll learn about the use of traditional herbs in curing kidney stone...sit tight and lets explore...

Experimen

 

Eksperimen

:

Menghasilkan rebusan herba (penawar penyakit batu karang) dengan menggunakan air rebusan daun-daun herba tradisional

Tujuan

:

Menghasilkan penawar penyakit batu karang dengan menambahkan seketul batu karang laut.

Hipotesis

:

Penggunaan batu karang laut dalam rebusan air herba tidak mempengaruhi ubat penyakit batu karang

Pembolehubah

:

Dimanipulasi    : penggunaan batu karang laut

Bergerak balas : hasil air rebusan herba

Dimalarkan       : herba-herba lain yang digunakan

Bahan

:

400g daun kelo, 230g serai wangi, 200g aerva lanata, 145g daun sembong, seketul batu karang laut (jenis porites nigrescens), 50g gula merah, 4 liter air.

Radas

:

Periuk khas untuk menghasilkan air rebusan herba, pisau atau parang

  

Prosedur :

  1. Sebuah periuk khas yang digunakan untuk merebus herba dibersihkan terlebih dahulu dan diletakkan di atas tungku dapur.

  2. Herba-herba dibersihkan terlebih dahulu dan bahagian-bahagian yang tidak digunakan dibuang dengan menggunakan pisau, seperti :
    *Pokok erva lanata dipotong-potong kepada bahagian-bahagian yang kecil termasuklah bahagian akar, batang, dan daun.
    *Daun serai wangi dipotong-potong termasuklah bahagian akar, batang, dan pelepah daun.
    *Daun kelo dilurutkan dari bahagian batangnya. Bahagian akar dan batang tidak digunakan.
    *Daun sembong dipotong-potong dan hanya bahagian daunnya sahaja yang digunakan.

  3. Kesemua bahan dimasukkan ke dalam periuk yang telah diisikan batu karang laut dan 4 liter air dimasukkan ke dalam periuk. 50g gula merah dimasukkan seterusnya.

  4. Campuran tadi kemudiannya dididihkan di atas dapur gas dengan kesan pemanasan sederhana. Periuk kemudian ditutup supaya wap tidak terbebas keluar.

  5. Setelah isipadu air rebusan menjadi 1/3 daripada isipadu awal, api segera dipadamkan dan air rebusan tadi disejukkan.

  6. Eksperimen diulang dengan cara merebus air herba tanpa menggunakan batu karang laut.

           

 

Pemerhatian 1 : Setelah air rebusan disejukkan, satu cecair yang berwarna perang gelap terhasil

Pemerhatian 2 : Cecair yang berwarna perang gelap terhasil.

***Ujian pengesahan : 
Membuktikan bahawa batu karang laut tidak mempengaruhi kandungan kimia dalam air rebusan herba yang terhasil.

  • Sebutir batu karang (renal colic) dimasukkan ke dalam kedua-dua air rebusan. Batu karang renal colic merupakan sejenis batu karang penyakit yang terhasil di dalam badan manusia.

 

Keputusan :

Air rebusan pertama

Air rebusan kedua

Batu karang menghancur sedikit demi sedikit dalam masa 5 hari

Batu karang menghancur sedikit demi sedikit dalam masa 5 hari

 

Kesimpulan:
Penggunaan batu karang laut (porites nigrescens) dalam penghasilan air rebusan herba tidak mempengaruhi hasil air rebusan.