Make your own free website on Tripod.com

now, its time for you to know more about aerva lanata...you really want to know about it? lets check this out..!

Erva Lanata

Pokok Erva Lanata (Aerva Lanata)

Nama Saintifik : Aerva Lanata

Kegunaan :

Dalam perubatan herba tradisional, herba erva lanata atau nama saintifiknya Aerva Lanata yang amat terkenal di kalangan masyarakat India merupakan tumbuhan atau herba yang sering digunakan dalam merawat penyakit batu karang.

Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, kebanyakan masyarakat India menanam tumbuhan ubat-ubatan  dan herba termasuklah tumbuhan ini di halaman rumah mereka.

Menurut beliau, bagi pesakit batu karang, mereka perlu merebus keseluruhan pokok erva lanata (bahagian batang, daun, dan akar yang telah dibersihkan) sehingga airnya menjadi kehitaman. Biarkan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada paras awal dan kemudian disejukkan sebelum diminum.

Pesakit bolehlah meminum sekurang-kurangnya secawan air rebusan herba ini sekali setiap hari iaitu seelok-eloknya pada waktu malam sebelum tidur. Air rebusan ini berkesan, dan pesakit boleh merasai sendiri pengurangan kesakitan setiap kali membuang air kecil kerana kemungkinan batu karang telah pecah dan keluar dari tubuh.

Kesan air akan dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh yang singkat jika pesakit yang mengidap penyakit batu karang ini pada peringkat awal.